Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Masak Lemak Ikan Patin

                                          

Hari ni ayah beli ikan patin kat kedai Pak Aji, Presint 8. Besar sungguh ikannya. Ayah beli 4 potong dengan harga RM5. Murah sekali. Kebiasaannya kalau masak ikan patin, mama akan buat masak asam tempoyak. Tapi kali ni buat masak lemak cili padi pasal ayah tak makan tempoyak. Jom lihat cara memasaknya.

Bahan-bahan:-
4 potong ikan patin (cuci bersih dengan limau nipis)
10 tangkai cili padi
Kunyit sebesar ibu jari
Santan dari 1 biji kelapa
2 batang serai (dititik)
Sebiji tomato dibelah empat
Sekeping asam gelugor
Garam secukup rasa

Cara masak:-
1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat.
2. Setelah lumat, letak sesenduk santan ke dalam lesung batu tadi dan gaulkan dengan bahan yang ditumbuk tadi. Tuangkan santan yang telah digaul bersama bahan tumbuk kedalam kuali atau periuk. Masukkan baki santan dan gaulkan lagi kedalam periuk supaya santan menjadi sebati dengan bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan ikan, serai dan asam gelugor.
4. Masak dengan api sederhana. Sentiasa kacau santan supaya tidak pecah minyak. Kacau sehingga mendidih.
5. Kemudian masukkan tomato dan rasakan garam. Biarkan sehingga masak.

Selamat mencuba.

Wednesday, August 25, 2010

Botok-botok Ikan

...
Inilah rupa botok-botok ikan
Menu berbuka puasa mama pada hari ini ialah botok-botok ikan. Sedap gila. Makan dengan nasi kosong saja pun dah cukup. Sebabnya dah ada ulam sekali dalam botok-botok ni. Kiranya 2 + 1. Ikan dengan ulam. Pastu rasa rempah pedas. Perghh!!! Sunggguh menyelerakan. Botok-botok ni dibeli dari seorang rakan. Suaminya yang buatkan botok-botok ni. Katanya botok-botok ni berasal dari Johor. Dari cerita rakan mama ni, agak sukar nak buat botok-botok ni terutama bagi yang tinggal kat bandar pasal sukar nak cari 7 jenis daun yang menjadi resepi botok-botok ni. Mama tengok ada pucuk betik beserta batangnya yang lembut tu, daun mengkudu...lain lain daun mama tak kenal..hhahahah...Lain kali kena belajar buat sendiri la, boleh makan hari-hari.

Thursday, August 19, 2010

Siakap Sambal Nenas

Bahan-bahan:-
1 ekor Ikan siakap (cuci dan kelar, kemudian lumur dengan garam, serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas cili padi (potong kecil2)
2 sudu cili boh (dari lada kering yang direbus dan dimesin)
2 keping nanas dalam tin dipotong dadu
1/4 biji carrot (dipotong panjang)
2 sudu besar sos cili
1 sudu asam jawa adabi (campur sedikit air)
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara masak:-
1. Goreng siakap yang siap dilumur garam, serbuk kunyit dan tepung jagung dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Didalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih,bawang merah,halia dan cili padi hingga naik bau. Masukkan daun limau purut dan tumis lagi.
3. Masukkan cili boh. Tumis hingga garing.
4. Masukkan cili sos yang telah dicampur dengan air asam jawa. Masukkan gula. Biar pekat.
5. Masukkan carrot dan nanas. Gaulkan sebati. Rasakan garam. Biar hingga masak.
6. Setelah masak, tuangkan keatas ikan.
7. Ikan sedia dihidang untuk berbuka puasa.
Selamat Berbuka Puasa...

Sunday, February 7, 2010

Ikan Masin Simple

Bahan-bahan:-
2 keping Ikan talang masin
2 biji Bawang besar - dihiris
5 ulas cili kering - digunting pendek
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara masak:-
1. Goreng ikan talang hingga masak dan ketepikan.
2. Didalam kuali yang berasingan, tumis bawang besar dan cili kering hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan ikan talang yang telah digoreng tadi dalam kuali dan kaup balikkan.
4. Angkat dan sedia untuk dimakan.

Masak Lemak Tenggiri

Bahan-bahan:-

3 potong ikan tenggiri
200 ml santan
5 ulas cili padi
2 biji bawang merah
1 inci kunyit
Sebatang serai - dititik
4 batang kacang panjang - dipotong2
Seulas asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara masak :-
1. Tumbuk cili padi, bawang dan kunyit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan santan dan kemudian masukkan ikan dan asam keping. Kacau perlahan.
5. Bila mendidih, masukkan kacang panjang.
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan hingga masak.

Sunday, November 15, 2009

Siakap 3 Rasa

Bahan2:-

Ikan siakap (sapu garam dan kunyit)
Cili kering (direbus dan di blend jadi cili boh)
4 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas Cili merah (dipotong dadu)
3 ulas Cili padi (dipotong 2)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
Serai dititik
Daun limau purut
Sos plam
Sos cili
Sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak (untuk goreng ikan dan menumis)
Sedikit air

Cara masak:-

1. Goreng ikan siakap hingga separuh garing. Guna minyak yang banyak. Setelah masak ketepikan.
2. Blend bawang merah, putih dan halia.
3. Tumis bahan yang diblend hingga naik bau. Masukkan daun limau purut dan serai.
4. Masukkan cili boh. Tumis hingga garing.
5. Maukkan sos plam, sos cili, sos tiram. Campur sedikit air.
6. Maukkan bahan2 yg dipotong dadu.
7. Masukkan garam secukup rasa. Tumis hingga masak.
8. Setelah masak, lumurkan ke atas ikan dan sedia untuk dihidang.

Sunday, August 23, 2009

Asam Pedas Ikan Pari


Salam, dah lama tak update resepi kat sini. Ha hari ni dah masuk hari kedua puasa. Teringin makan asam pedas. Lalu teringat kat resepi yang SIL bagi. Terus cuba buat. Dan hasilnya boleh tahan. Silalah cuba....

Bahan-bahan (untuk 10 potong ikan):-

Ikan pari (potong kecil)
Cili kering (rebus dan mesin, jadikan cili boh)
1 sudu besar serbuk kari ikan Babas
Daun kesum
Sebatang serai (dititik)
Air asam jawa (2 sudu asam jawa adabi dicampur dgn 3 gelas air)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan yang ditumbuk

Sedikit lada hitam
Sedikit belacan
Sedikit jintan manis

Bahan yang dimesin


8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

Cara masak

1. Panaskan kuali (boleh guna periuk)
2. Tumis bahan yang dimesin
3. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai
4. Masuk 3 sudu cili boh (dari cili kering yang dimesin tadi)
5. Masukkan serbuk kari dan gula
6. Tumis hingga garing
7. Masukkan air asam jawa
8. Biar hingga mendidih
9. Masukkan ikan dan daun kesum, garam secukup rasa
10. Biar sampai masak

Monday, June 8, 2009

Kari Ikan Mak Tok


Masa balik kampung baru2 ni mama belajar masak kari ikan dengan MIL mama. Kari Ikan MIL a.k.a Mak Tok ni memang power. Tiap-tiap kali balik kampung, memang Mak Tok akan masak Kari Ikan sebab dia tahu kami memang gemarkannya. Terima kasih Mak Tok kerana menyumbangkan resepi pada kali ini.


Bahan-bahan:-

Ikan (untuk resepi ni guna ikan keli 3 ekor dipotong kecil)
Serbuk Kari Ikan Babas (sepeket)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halba
Beberapa helai daun kari
Santan (1 biji kelapa)
Sedikit asam jawa (ambil airnya)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Segelas air

Cara masak:

1. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan santan. Kacau supaya tidak bertahi minyak.
6. Bila mendidih, masukkan ikan.
7. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ikan masak.

Thursday, April 30, 2009

Ikan Pari Masak Merah

Bahan-bahan:-

1. Ikan pari - Potong kecil-kecil
2. Cili kering - rebus dan blend
3. Bawang putih - ditumbuk
4. Bawang merah - ditumbuk
5. Bawang besar - potong bulat
6. Sos cili
7. Garam secukup rasa
8. Asam jawa - ambil airnya
9. Minyak untuk menumis

Cara masak :-
1. Ikan digoreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
3. Masukkan cili dan tumis hingga garing
4. Masuk cili sos
5. Masuk air asam jawa
6. Masuk garam secukup rasa
7. Masukkan ikan
8. Masukkan bawang besar
8. Tumis hingga masak