Showing posts with label sambal. Show all posts
Showing posts with label sambal. Show all posts

Monday, July 19, 2010

Sambal Bacang


Minggu lepas balik rumah MIL. Terhidu bau bacang. Rupanya jiran sebelah bagi buah bacang kat MIL . Untuk juadah makan tengahari tu MIL buat sambal bacang. Punyalah berselera makan. Bila pulang ke Putrajaya MIL suruh bawa balik buah bacang. Oleh kerana masih terbayang-bayang akan kesedapan sambal bacang MIL, mama pun cubalah buat seperti resepi di bawah.
Bahan2
1 biji buah bacang dipotong kecil2
10 biji cili padi (ikut suka nak letak byk mana, kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Cara
Tumbuk cili, belacan, gula dan garam seperti buat sambal belacan. Bila sudah sebati, masukkan buah bacang yang sudah dipotong tadi dan tumbuk lagi supaya bacang pecah2. Seeloknya tumbuk biji cili sampai lumat, tapi mama biarkan seperti dalam gambar. Heheheh....Selepas itu bolehlah dihidangkan dan makan dengan nasi panas. wow...terliurnya....

Saturday, July 3, 2010

Nasi Berlauk

Hari ni teringin nak makan nasi berlauk macam yang famous kat Kelantan tu tapi x pandai buat. Last-last buat resepi sendiri je la. Biasa orang guna ikan tongkol, tapi mama guna ikan merah. Yang sambal plak, kalau x silap mama xde letak tomato, tapi mama ubahsuai letak tomato. Nasi plak guna beras basmathi.

Jom tengok resepi ciptaan mama :-

Bahan utk gulai lemak ikan :

2 keping ikan merah
Santan (1/2 biji kelapa)
1 inci halia
1 inci kunyit
6 ulas cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebatang serai dititik
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa

Cara masak :

1. Halia, kunyit, cili padi, bawang besar dan bawang putih dimesin.
2. Tuangkan bahan dimesin kedalam periuk dan masukkan santan, serai dan asam keping.
3. Masak sampai mendidih. Pastikan gulai sentiasa dikacau agar tidak bertahi minyak.
4. Masukkan ikan, biar sampai masak. Masukkan garam seckup rasa.


Bahan untuk sambal

6 ulas cili padi
Sebiji tomato
Garam
Gula
Cuka

Cara menyediakan:
1. Cili, tomato, garam dan gula ditumbuk sehingga lumat
2. Letakkansedikit cuka dan gaulkan.

Untuk nasi, guna beras basmathi. Masak seperti biasa. Jika suka tambahkan sedikit garam.

Sunday, November 15, 2009

Sambal Kulat


Ayah memang gemar makan kulat. Tak kiralah kulat tu dimasak macam manapun. Malam tadi kita orang pergi Chow Kit semata-mata nak dapatkan kulat. Kat Putrajaya memang tak pernah jumpa orang jual kulat. Sepinggan kulat dijual pada harga RM2. Hari ni mama buatla sambal kulat kegemaran ayah. Agak sukar mencuci kulat. Kena sabar sebab nak betul2 bersih. Kena asingkan ulat2 kayu dari kulat. Kemudian direndam dalam air yg dicampur garam. Biarkan seketika. Kemudian dicuci dengan air bersih sehingga air basuhan tu berwarna putih. disini mama kongsikan resepi sambal kulat dengan pembaca semua. Selamat mencuba.
Bahan:-
Sepinggan kulat
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 ulas cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
Sedikit udang kecil
sebatang serai dititik
sedikit air
Garam secukup rasa
Serbuk perisa
Minyak untuk menumis
Cara masak-
1. Cuci kulat bersih-bersih dan tumbuk kulat hingga separuh lumat.
2. Tumbuk bawang merah, putih dan cili padi.
3. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan serai.
4. Masukkan udang dan tumis hingga kulit udang kemerahan.
5. Masukkan kulat dan balik2 kan.
6. Masukkan air.
7. Masukkan garam dan bahan perisa secukup rasa. Biarkan air kering.
8. Kulat masak apabila rasanya lembut.

Saturday, September 26, 2009

Sambal Sotong campur Belimbing

Bahan:
6 ekor sotong putih (potong bulat2)
Cili kering (rebus dan blend)
5 ulas bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tuumbuk
6 biji Belimbing buloh - potong bulat2
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara masak:
1.Tumis bawang putih dan merah yang telah ditumbuk.
2.Masuk cili yang telah diblend (ikut suka nak pedas mana).
3. Bila garing, masuk gula.
4. Masukkan sotong dan biar sehingga sotong keluarkan air.
5. Masukkan belimbing. Balik2 kan sotong dan belimbing.
6. Masukkan garam. Biar sehingga masak.

Sunday, May 10, 2009

Sambal Belimbing

Kali ni mama nak berkongsi resepi sambal belimbing. Mama belajar dengan adik mama a.k.a Mak Usu. Sambal belimbing ni juga orang Pahang biasa sebut sambal hitam. Mungkin sebab warnanya hitam. Disini mama senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk buat sambal hitam ni.

20 biji belimbing buluh
Segenggam ikan bilis
Sebiji bawang besar
Segenggam cili padi
Sedikit garam


Cara buat sambal ni ialah seperti berikut :-
Ambil belimbing buluh dan cuci hingga bersih. Toskan dan letak dalam periuk dan letak atas dapur seperti gambar no.2. Tak perlu letak air kerana belimbing akan mengeluarkan airnya sendiri. Guna api kecil. Biarkan belimbing bertukar warna seperti gambar no.3 hingga no.5. Seterusnya biarkan sehingga belimbing sehingga lembik dan berubah ke warna hitam seperti gambar no.6 dan 7.

Seterusnya, campurkan ikan bilis, cili padi, bawang dan belimbing dan tumbuk dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat.

Setelah lumat, ia sedia untuk dimakan bersama nasi. Sesuai dimakan bersama ikan bakar atau goreng.