Monday, June 8, 2009

Kari Ikan Mak Tok


Masa balik kampung baru2 ni mama belajar masak kari ikan dengan MIL mama. Kari Ikan MIL a.k.a Mak Tok ni memang power. Tiap-tiap kali balik kampung, memang Mak Tok akan masak Kari Ikan sebab dia tahu kami memang gemarkannya. Terima kasih Mak Tok kerana menyumbangkan resepi pada kali ini.


Bahan-bahan:-

Ikan (untuk resepi ni guna ikan keli 3 ekor dipotong kecil)
Serbuk Kari Ikan Babas (sepeket)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halba
Beberapa helai daun kari
Santan (1 biji kelapa)
Sedikit asam jawa (ambil airnya)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Segelas air

Cara masak:

1. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan santan. Kacau supaya tidak bertahi minyak.
6. Bila mendidih, masukkan ikan.
7. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ikan masak.

No comments:

Post a Comment