Sunday, August 23, 2009

Asam Pedas Ikan Pari


Salam, dah lama tak update resepi kat sini. Ha hari ni dah masuk hari kedua puasa. Teringin makan asam pedas. Lalu teringat kat resepi yang SIL bagi. Terus cuba buat. Dan hasilnya boleh tahan. Silalah cuba....

Bahan-bahan (untuk 10 potong ikan):-

Ikan pari (potong kecil)
Cili kering (rebus dan mesin, jadikan cili boh)
1 sudu besar serbuk kari ikan Babas
Daun kesum
Sebatang serai (dititik)
Air asam jawa (2 sudu asam jawa adabi dicampur dgn 3 gelas air)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan yang ditumbuk

Sedikit lada hitam
Sedikit belacan
Sedikit jintan manis

Bahan yang dimesin


8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit

Cara masak

1. Panaskan kuali (boleh guna periuk)
2. Tumis bahan yang dimesin
3. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai
4. Masuk 3 sudu cili boh (dari cili kering yang dimesin tadi)
5. Masukkan serbuk kari dan gula
6. Tumis hingga garing
7. Masukkan air asam jawa
8. Biar hingga mendidih
9. Masukkan ikan dan daun kesum, garam secukup rasa
10. Biar sampai masak

Saturday, July 4, 2009

Pizza

Minggu lepas ada potluck kat opis. Masing-masing bawa makanan. Yang paling jadi perhatian ialah piza yang dibawa oleh Pn Azimah. Sedap betul rasanya. Terus mama bertanyakan resepi. Mudah je resepinya. Mama pun dah cuba dan hasilnya seperti dalam gambar (gambar kurang memuaskan).

Bahan-bahan:

1. untuk roti piza

2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar mauripan
garam secukup rasa
air suam

cara buat roti

Mauripan dan garam dicampur dalam air suam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuang campuran tadi ke dalam bekas yang sudah diletakkan tepung gandum dan uli. Biarkan adunan kembang.

2. bahan untuk topping

Cendawan butang
Capsicum
Nenas dalam tin
Tomato puri
Keju chedar
Isi ayam
Ciliboh
Bawang besar
Bawang putih
Oregano
Sedikit margerine

Cara buat toping:
1. Hiris nipis cendawan butang, nenas, capsicum dan bawang. Ketepikan.
2. Kemudian, tumis margerine dan bawang putih. Masuk sedikit ciliboh. Masuk ayam dan tumis sampai masak.

Seterusnya untuk menyediakan piza ini, sapu margerine dalam bekas pembakar. Letak adunan roti dan ratakan kedalam bekas. Sapu tomato puri keatas adunan roti. Letak keju chedar yang dipotong kecil. Letak bahan yang dihiris. Letak ayam yang ditumis. Kemudian letak tomato puri sekali lagi, keju dan oregano. Bakar didalam oven yang bersuhu 170 darjah selama 15 minit.
Bakar sehingga masak.

Monday, June 8, 2009

Kari Ikan Mak Tok


Masa balik kampung baru2 ni mama belajar masak kari ikan dengan MIL mama. Kari Ikan MIL a.k.a Mak Tok ni memang power. Tiap-tiap kali balik kampung, memang Mak Tok akan masak Kari Ikan sebab dia tahu kami memang gemarkannya. Terima kasih Mak Tok kerana menyumbangkan resepi pada kali ini.


Bahan-bahan:-

Ikan (untuk resepi ni guna ikan keli 3 ekor dipotong kecil)
Serbuk Kari Ikan Babas (sepeket)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halba
Beberapa helai daun kari
Santan (1 biji kelapa)
Sedikit asam jawa (ambil airnya)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Segelas air

Cara masak:

1. Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba.
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih.
4. Masukkan air asam jawa.
5. Masukkan santan. Kacau supaya tidak bertahi minyak.
6. Bila mendidih, masukkan ikan.
7. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sehingga ikan masak.

Sunday, May 10, 2009

Sambal Belimbing

Kali ni mama nak berkongsi resepi sambal belimbing. Mama belajar dengan adik mama a.k.a Mak Usu. Sambal belimbing ni juga orang Pahang biasa sebut sambal hitam. Mungkin sebab warnanya hitam. Disini mama senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk buat sambal hitam ni.

20 biji belimbing buluh
Segenggam ikan bilis
Sebiji bawang besar
Segenggam cili padi
Sedikit garam


Cara buat sambal ni ialah seperti berikut :-
Ambil belimbing buluh dan cuci hingga bersih. Toskan dan letak dalam periuk dan letak atas dapur seperti gambar no.2. Tak perlu letak air kerana belimbing akan mengeluarkan airnya sendiri. Guna api kecil. Biarkan belimbing bertukar warna seperti gambar no.3 hingga no.5. Seterusnya biarkan sehingga belimbing sehingga lembik dan berubah ke warna hitam seperti gambar no.6 dan 7.

Seterusnya, campurkan ikan bilis, cili padi, bawang dan belimbing dan tumbuk dalam lesung batu. Tumbuk sehingga lumat.

Setelah lumat, ia sedia untuk dimakan bersama nasi. Sesuai dimakan bersama ikan bakar atau goreng.


Thursday, April 30, 2009

Ikan Pari Masak Merah

Bahan-bahan:-

1. Ikan pari - Potong kecil-kecil
2. Cili kering - rebus dan blend
3. Bawang putih - ditumbuk
4. Bawang merah - ditumbuk
5. Bawang besar - potong bulat
6. Sos cili
7. Garam secukup rasa
8. Asam jawa - ambil airnya
9. Minyak untuk menumis

Cara masak :-
1. Ikan digoreng hingga masak dan ketepikan.
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau
3. Masukkan cili dan tumis hingga garing
4. Masuk cili sos
5. Masuk air asam jawa
6. Masuk garam secukup rasa
7. Masukkan ikan
8. Masukkan bawang besar
8. Tumis hingga masak

Masak Lemak Udang

Bahan-bahan:-

1. Udang - 2 kg
2. Santan - Dari 1 biji kelapa
3. Cili padi - 15 ulas (kalau nak pedas, tambah lagi...)
4. Seinci kunyit
5. Daun kunyit - 2 helai
6.Bawang putih - 3 ulas
7. Bawang merah - 5 biji
8. Garam secukup rasa
9. Sedikit minyak untuk menumis

Cara masak :-
1. Tumbuk cili padi, kunyit, bawang putih dan bawang merah
2. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan santan.
4. Masuk daun kunyit.
5. Bila mendidih, masuk udang.
6. Masuk garam.
7. Kacau sampai masak.

Nota : Santan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak bertahi minyak.

Saturday, March 14, 2009

Sos Black Pepper



Bahan-bahan :-

4 sudu Sos black pepper jenama Life
2 sudu Sos cili jenama life
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu tepung gandum untuk memekatkan kuah
3 cawan air masak
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Cara

Campur semua bahan dalam periuk. Masak hingga mendidih. Dah siap......boleh makan dengan ayam, udang atau kambing yang dibakar...Pehhh! Melecur air liur.

Resipi disumbangkan oleh Umi