Monday, July 19, 2010

Sambal Bacang


Minggu lepas balik rumah MIL. Terhidu bau bacang. Rupanya jiran sebelah bagi buah bacang kat MIL . Untuk juadah makan tengahari tu MIL buat sambal bacang. Punyalah berselera makan. Bila pulang ke Putrajaya MIL suruh bawa balik buah bacang. Oleh kerana masih terbayang-bayang akan kesedapan sambal bacang MIL, mama pun cubalah buat seperti resepi di bawah.
Bahan2
1 biji buah bacang dipotong kecil2
10 biji cili padi (ikut suka nak letak byk mana, kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
Belacan bakar
Garam dan gula secukup rasa
Cara
Tumbuk cili, belacan, gula dan garam seperti buat sambal belacan. Bila sudah sebati, masukkan buah bacang yang sudah dipotong tadi dan tumbuk lagi supaya bacang pecah2. Seeloknya tumbuk biji cili sampai lumat, tapi mama biarkan seperti dalam gambar. Heheheh....Selepas itu bolehlah dihidangkan dan makan dengan nasi panas. wow...terliurnya....

Sup Telur

Sup telur memang menjadi lauk pilihan bila dah boring makan lauk ayam, daging ikan dsb. Memang simple. Nak buatnye pun mudah. Resepi ni mama belajar dari MIL. Tapi mama ubahsuai berdasarkan bahan-bahan yang ada kat rumah. Mari lihat resepimya.
Bahan-bahan
2 biji telur (ni untuk makan 2 orang, ikut suke nak letak brape biji pun)
Stgh biji bawang besar
2 ulas bwg putih
Sedikit halia (1/2 inci bolehla)
Kentang 2 biji dipotong kecil2
Sebiji tomato - belah 4
1/2 biji carrot dipotong bulat
Air (2 cawan)
Serbuk lada hitam - boleh juga guna lada hitam yang ditumbuk
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
Cara
1. Bawang merah, bwg putih, halia ditumbuk
2. Tumis bahan yg ditumbuk hingga naik bau.
3. Masukkan kentang dan carrot dan balik2kan.
4. Masukkan serbuk lada hitam.
5. Masukkan air dan rebus sampai mendidih.
6. Pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau sup supaya telur tidak pecah.
7. Masukkan tomato dan akhirnya garam secukup rasa.
8. Biar sehingga masak.

Baking Project

Salam,
Akhirnya cita2 serta angan2 mama utk memulakan baking project tercapai. Terima kasih kepada kawan2 yang telah menghadiahkan mixer kepada mama. Kini lengkapla alatan asas utk buat kek. Yeehaaa!!!!!

Projek pertama mama sebenarnya gagal. Sebab kek hangus. Heheheh..Akibat terlalu lurus follow resepi kat kotak kek, akhirnya menyebabkan kegagalan projek tersebut. Tapi gagal tak bermakna mama putus asa. Mama teruskan lagi dengan 2nd projek iaitu kek coklat. Tapi utk pengetahuan sume, buat masa ni mama hanya mencuba kek dari tepung segera yg terdapat di pasaran. Sebabnya mama nak bermain trial n error menggunakan oven. Nak tgk betul x suhu dan masa membakar yg dicadangkan dlm resepi. Disamping itu mama juga ada dapatkan tips dan nasihat dari Ena Lovely Kitchen. Terima kasih Ena. Harap dapat belajar lagi dengan Ena.
Ok, berbalik kepada percubaan kedua tadi, dibawah inilah hasilnya. Mama mengharapkan komen daripada pembaca sume tentang kek coklat ini. Walaupun anda sume tak dapat komen dari segi rasanya, tapi mohon komen dari segi rupa dan teksturnya. Mudah2an seterusnya mama dapat memperbaiki kek2 yang bakal dihasilkan.


Cuba lihat kek coklat diatas, coklat dibahagian atas cair, walaupun kek telah masak. kenapa ya? Sila berikan komen.


Bagaimana pula dengan tekstur kek ini? Harap gambar ini dapat membantu anda memberikan komen. Mama amat mengalu2kan komen anda sume.

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan

A) 250g butter

360g chocolate (butter dan chocolate dicairkan dan sejukkan)

B) 6 biji telur gred A

C) Tepung Segera Brownies - 500 g (Beli kat Pasar Tani Putrajaya, jenama Fieza Enak Rasa)

D) 100ml susu segar

Cara

1) Masuk B satu persatu dalam A dan asun dengan hand whisk

2) Masuk pula C diselang seli dengan D dan gaul sebati.

3) Curah dalam acuan

4) Bakar selama 40 minit dgn suhu 150 darjah C.

Saturday, July 3, 2010

Nasi Berlauk

Hari ni teringin nak makan nasi berlauk macam yang famous kat Kelantan tu tapi x pandai buat. Last-last buat resepi sendiri je la. Biasa orang guna ikan tongkol, tapi mama guna ikan merah. Yang sambal plak, kalau x silap mama xde letak tomato, tapi mama ubahsuai letak tomato. Nasi plak guna beras basmathi.

Jom tengok resepi ciptaan mama :-

Bahan utk gulai lemak ikan :

2 keping ikan merah
Santan (1/2 biji kelapa)
1 inci halia
1 inci kunyit
6 ulas cili padi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebatang serai dititik
Sekeping asam keping
Garam secukup rasa

Cara masak :

1. Halia, kunyit, cili padi, bawang besar dan bawang putih dimesin.
2. Tuangkan bahan dimesin kedalam periuk dan masukkan santan, serai dan asam keping.
3. Masak sampai mendidih. Pastikan gulai sentiasa dikacau agar tidak bertahi minyak.
4. Masukkan ikan, biar sampai masak. Masukkan garam seckup rasa.


Bahan untuk sambal

6 ulas cili padi
Sebiji tomato
Garam
Gula
Cuka

Cara menyediakan:
1. Cili, tomato, garam dan gula ditumbuk sehingga lumat
2. Letakkansedikit cuka dan gaulkan.

Untuk nasi, guna beras basmathi. Masak seperti biasa. Jika suka tambahkan sedikit garam.

Sunday, February 7, 2010

Ikan Masin Simple

Bahan-bahan:-
2 keping Ikan talang masin
2 biji Bawang besar - dihiris
5 ulas cili kering - digunting pendek
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara masak:-
1. Goreng ikan talang hingga masak dan ketepikan.
2. Didalam kuali yang berasingan, tumis bawang besar dan cili kering hingga naik bau dan garing.
3. Masukkan ikan talang yang telah digoreng tadi dalam kuali dan kaup balikkan.
4. Angkat dan sedia untuk dimakan.

Masak Lemak Tenggiri

Bahan-bahan:-

3 potong ikan tenggiri
200 ml santan
5 ulas cili padi
2 biji bawang merah
1 inci kunyit
Sebatang serai - dititik
4 batang kacang panjang - dipotong2
Seulas asam keping
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara masak :-
1. Tumbuk cili padi, bawang dan kunyit.
2. Panaskan minyak, tumis bahan yang ditumbuk.
3. Masukkan serai dan tumis hingga naik bau.
4. Masukkan santan dan kemudian masukkan ikan dan asam keping. Kacau perlahan.
5. Bila mendidih, masukkan kacang panjang.
6. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan hingga masak.

Sunday, November 15, 2009

Siakap 3 Rasa

Bahan2:-

Ikan siakap (sapu garam dan kunyit)
Cili kering (direbus dan di blend jadi cili boh)
4 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 inci Halia
1 biji Bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas Cili merah (dipotong dadu)
3 ulas Cili padi (dipotong 2)
1 biji Tomato (dipotong dadu)
Serai dititik
Daun limau purut
Sos plam
Sos cili
Sos tiram
Garam secukup rasa
Minyak (untuk goreng ikan dan menumis)
Sedikit air

Cara masak:-

1. Goreng ikan siakap hingga separuh garing. Guna minyak yang banyak. Setelah masak ketepikan.
2. Blend bawang merah, putih dan halia.
3. Tumis bahan yang diblend hingga naik bau. Masukkan daun limau purut dan serai.
4. Masukkan cili boh. Tumis hingga garing.
5. Maukkan sos plam, sos cili, sos tiram. Campur sedikit air.
6. Maukkan bahan2 yg dipotong dadu.
7. Masukkan garam secukup rasa. Tumis hingga masak.
8. Setelah masak, lumurkan ke atas ikan dan sedia untuk dihidang.