Monday, July 19, 2010

Baking Project

Salam,
Akhirnya cita2 serta angan2 mama utk memulakan baking project tercapai. Terima kasih kepada kawan2 yang telah menghadiahkan mixer kepada mama. Kini lengkapla alatan asas utk buat kek. Yeehaaa!!!!!

Projek pertama mama sebenarnya gagal. Sebab kek hangus. Heheheh..Akibat terlalu lurus follow resepi kat kotak kek, akhirnya menyebabkan kegagalan projek tersebut. Tapi gagal tak bermakna mama putus asa. Mama teruskan lagi dengan 2nd projek iaitu kek coklat. Tapi utk pengetahuan sume, buat masa ni mama hanya mencuba kek dari tepung segera yg terdapat di pasaran. Sebabnya mama nak bermain trial n error menggunakan oven. Nak tgk betul x suhu dan masa membakar yg dicadangkan dlm resepi. Disamping itu mama juga ada dapatkan tips dan nasihat dari Ena Lovely Kitchen. Terima kasih Ena. Harap dapat belajar lagi dengan Ena.
Ok, berbalik kepada percubaan kedua tadi, dibawah inilah hasilnya. Mama mengharapkan komen daripada pembaca sume tentang kek coklat ini. Walaupun anda sume tak dapat komen dari segi rasanya, tapi mohon komen dari segi rupa dan teksturnya. Mudah2an seterusnya mama dapat memperbaiki kek2 yang bakal dihasilkan.


Cuba lihat kek coklat diatas, coklat dibahagian atas cair, walaupun kek telah masak. kenapa ya? Sila berikan komen.


Bagaimana pula dengan tekstur kek ini? Harap gambar ini dapat membantu anda memberikan komen. Mama amat mengalu2kan komen anda sume.

Resepi Kek Coklat

Bahan-bahan

A) 250g butter

360g chocolate (butter dan chocolate dicairkan dan sejukkan)

B) 6 biji telur gred A

C) Tepung Segera Brownies - 500 g (Beli kat Pasar Tani Putrajaya, jenama Fieza Enak Rasa)

D) 100ml susu segar

Cara

1) Masuk B satu persatu dalam A dan asun dengan hand whisk

2) Masuk pula C diselang seli dengan D dan gaul sebati.

3) Curah dalam acuan

4) Bakar selama 40 minit dgn suhu 150 darjah C.

3 comments:

  1. kek dah masak tapi coklat kat atas tu cair ye?

    Apsal ek...E-na lum pernah ada xperience mcm ni, mungkin sebab choclate tu tak sebati ke....eeerrrmmm guna cocoa powder ke cooking choc? Disediakan atau sendiri?

    ReplyDelete
  2. cooking chocolate. tmbh sdiri spt yg dikehendaki dlm respii.

    ReplyDelete
  3. biasa kalau choc cake guna cocoa powder atau choc powder....mungkin sbb cooking choc tu yang jadi coklat tu lembab/ cair....pas ni try guna cocoa powder (van houtan ke apa2 brand) dan tengok perbezaannnya...insyaallah akan jadi cantik rasanya...

    ReplyDelete