Wednesday, August 25, 2010

Botok-botok Ikan

...
Inilah rupa botok-botok ikan
Menu berbuka puasa mama pada hari ini ialah botok-botok ikan. Sedap gila. Makan dengan nasi kosong saja pun dah cukup. Sebabnya dah ada ulam sekali dalam botok-botok ni. Kiranya 2 + 1. Ikan dengan ulam. Pastu rasa rempah pedas. Perghh!!! Sunggguh menyelerakan. Botok-botok ni dibeli dari seorang rakan. Suaminya yang buatkan botok-botok ni. Katanya botok-botok ni berasal dari Johor. Dari cerita rakan mama ni, agak sukar nak buat botok-botok ni terutama bagi yang tinggal kat bandar pasal sukar nak cari 7 jenis daun yang menjadi resepi botok-botok ni. Mama tengok ada pucuk betik beserta batangnya yang lembut tu, daun mengkudu...lain lain daun mama tak kenal..hhahahah...Lain kali kena belajar buat sendiri la, boleh makan hari-hari.

Thursday, August 19, 2010

Siakap Sambal Nenas

Bahan-bahan:-
1 ekor Ikan siakap (cuci dan kelar, kemudian lumur dengan garam, serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung)
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dicincang
5 ulas bawang merah ditumbuk
1 inci halia dihiris nipis
3 ulas cili padi (potong kecil2)
2 sudu cili boh (dari lada kering yang direbus dan dimesin)
2 keping nanas dalam tin dipotong dadu
1/4 biji carrot (dipotong panjang)
2 sudu besar sos cili
1 sudu asam jawa adabi (campur sedikit air)
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara masak:-
1. Goreng siakap yang siap dilumur garam, serbuk kunyit dan tepung jagung dalam minyak yang banyak sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2.Didalam kuali berasingan, tumis bawang besar, bawang putih,bawang merah,halia dan cili padi hingga naik bau. Masukkan daun limau purut dan tumis lagi.
3. Masukkan cili boh. Tumis hingga garing.
4. Masukkan cili sos yang telah dicampur dengan air asam jawa. Masukkan gula. Biar pekat.
5. Masukkan carrot dan nanas. Gaulkan sebati. Rasakan garam. Biar hingga masak.
6. Setelah masak, tuangkan keatas ikan.
7. Ikan sedia dihidang untuk berbuka puasa.
Selamat Berbuka Puasa...

Wednesday, August 18, 2010

Kek Coklat Strawberi (Marble)


Minggu lepas mama masuk baking class kat ofis. Cikgu dari Kemas Wilayah Persekutuan yang mengajar. Cikgu ajar buat kek sour cream. Tapi mama belum cuba lagi kek tu, sebaliknya cuba resepi kek coklat strawberi yang dibekalkan. Hati rasa berbunga-bunga bila kek yang dicuba menjadi. Lepas ni kena buat lagi sebab kek tu sedap. Hehehe..masuk bakul. Mari kita tengok resepi yang cikgu beri:

Bahan-bahan:-
250gm buttercup
210gm tepung naik sendiri (kalau guna cawan, sukatan bersamaan 2 cawan)
220gm gula caster (1 1/2 cawan, boleh juga guna gula pasir yang diblend kering, sukat selepas blend)
230gm telur (6 biji telur gred A, jika guna gred B, tmbh sebiji)
50gm susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
30gm serbuk koko (1 1/2 cawan, cikgu suruh guna jenama van houten, tapi mama guna brand tudor gold (tu je yg ada dlm stok)
1/2 sudu kecil pewarna merah jambu (Star brand)
Perisa strawberi (1 penutup, gunakan penutup botol perisa tu utk menyukat)

Cara membuatnye:

1.Didalam mixing bowl, pukul mentega bersama gula kaster hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebij sambil dipukul lagi hingga kembang. Cikgu kata kalau masuk sekaligus, nanti kek tak naik sbb kek "terkejut"..hehheheh)
2.Sambil tu masukkan esen vanila.
3.Kemudian masukkan tepung, gaul sebati.
4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dimana :-
   1 bahagian dicampur dengan serbuk koko dan susu segar
   1 bahagian lagi dicampur dengan pewarna merah jambu dan perisa strawberi.. Titiskan pewarna sedikit  demi sedikit.
5.Apabila siap,letakkan adunan kedalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan marjerin atau lebihan buttercup tadi dan sedikit tepung gandum. Gunakan sudu untuk meletakkan adunan secara berselang seli kedalam loyang pembakar. Buat hingga habis.
6. Bakar dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius.

Selamat mencuba....

Tuesday, August 17, 2010

Oven dan Kek Butter


Ada sesiapa punyai oven seperti ini? Menggunakan kuasa elektrik. Suhunya dalam Farenheit. Ni oven MIL mama. Mama guna untu buat kek butter. Mama panaskan oven dalam 5 minit dan suhu melonjak naik ke 400 darjah F. Mama sebenarnya tak pandai guna oven ni. Tapi untuk buat kek butter tu mama kiranya cuba nasib. Lihatlah hasilnye seperti gambar dibawah. Siap masak dalam masa 30 minit.

Untuk kek ni, mama guna tepung segera yang dibeli dari Yummy Bakery. Hanya perlu tambah butter dan telur. Memang mudah disediakan lagi2 time raya nanti.....

Sambal Buncis Campur Tempe

Salam Ramadhan buat semua.
Bagi wanita bekerja macam mama ni, perlukan resepi yang simple dan mudah dimasak untuk hidangan berbuka. Lagi-lagi dengan terkejar2 nak uruskan anak2 yang masih kecil. Jadi pada hari pertama puasa, mama telah sediakan sambal buncis campur tempe untuk juadah berbuka. Mari lihat bagaimana menyediakannya.

Bahan-bahan:
Segenggam kacang buncis dipotong serong
2 keping tempe (mama beli yang dibungkus dalam sejenis daun, x tau daun ape, jadi tempenye bersaiz kecil)
 - potong kecil2 tempe ni
Segenggam ikan bilis
Bawang besar dihiris nipis
3 sudu ciliboh (Boleh tambah ikut suka pedas mana)
Gula dan garam secukup rasa
Minyak
Sedikit air

Cara masak :-
1. Goreng tempe sehingga kekuningan. Ketepikan
2. Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
3. Tumis bawang besar hingga naik bau.
4. Masukkan cili boh dan tumis hingga garing. Masukkan gula.
5. Kemudian masukkan kacang buncis. Kaup balikkan dengan cili tadi. Masukkan sedikit air utk melembutkan kacang.
6.Bila kacang hampir lembut, masukkan tempe dan ikan bilis tadi. Akhir sekali masuk garam secukup rasa.
7. Gaulkan dalam kuali beberapa ketika.
8. Sambal buncis simple sedia dihidangkan.