Wednesday, August 18, 2010

Kek Coklat Strawberi (Marble)


Minggu lepas mama masuk baking class kat ofis. Cikgu dari Kemas Wilayah Persekutuan yang mengajar. Cikgu ajar buat kek sour cream. Tapi mama belum cuba lagi kek tu, sebaliknya cuba resepi kek coklat strawberi yang dibekalkan. Hati rasa berbunga-bunga bila kek yang dicuba menjadi. Lepas ni kena buat lagi sebab kek tu sedap. Hehehe..masuk bakul. Mari kita tengok resepi yang cikgu beri:

Bahan-bahan:-
250gm buttercup
210gm tepung naik sendiri (kalau guna cawan, sukatan bersamaan 2 cawan)
220gm gula caster (1 1/2 cawan, boleh juga guna gula pasir yang diblend kering, sukat selepas blend)
230gm telur (6 biji telur gred A, jika guna gred B, tmbh sebiji)
50gm susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
30gm serbuk koko (1 1/2 cawan, cikgu suruh guna jenama van houten, tapi mama guna brand tudor gold (tu je yg ada dlm stok)
1/2 sudu kecil pewarna merah jambu (Star brand)
Perisa strawberi (1 penutup, gunakan penutup botol perisa tu utk menyukat)

Cara membuatnye:

1.Didalam mixing bowl, pukul mentega bersama gula kaster hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebij sambil dipukul lagi hingga kembang. Cikgu kata kalau masuk sekaligus, nanti kek tak naik sbb kek "terkejut"..hehheheh)
2.Sambil tu masukkan esen vanila.
3.Kemudian masukkan tepung, gaul sebati.
4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada 2 bahagian dimana :-
   1 bahagian dicampur dengan serbuk koko dan susu segar
   1 bahagian lagi dicampur dengan pewarna merah jambu dan perisa strawberi.. Titiskan pewarna sedikit  demi sedikit.
5.Apabila siap,letakkan adunan kedalam loyang pembakar yang telah dilenser dengan marjerin atau lebihan buttercup tadi dan sedikit tepung gandum. Gunakan sudu untuk meletakkan adunan secara berselang seli kedalam loyang pembakar. Buat hingga habis.
6. Bakar dalam oven selama 40 minit menggunakan suhu 180 darjah celcius.

Selamat mencuba....

No comments:

Post a Comment