Saturday, September 26, 2009

Pizza Segera




Bahan-bahan:-
Roti pizza (boleh dibeli di kedai2 bakeri, mama beli kat Yummies Bakery, Bangi - RM1 sekeping)
Sosej - potong nipis danbulat2 (mama guna jenama HPA - dijamin halal)
Cendawan butang dalam tin - potong kecil2
Nenas dalam tin - hiris nipis
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
Keju cheddar - parut
Tomato puri
Oregano
Serbuk lada hitam

Cara buat:-

1. Ambil roti piza dan tekan2 atas roti.
2. Sapukan tomato puri ke atas roti.
3. Letak keju yang diparut.
4. Susun sosej di atas roti.
5. Cendawan, nenas, daun sup dan daun bawang digaulkan dan letak atas roti.
6. Letakkan sekali lagi tomato puri.
7. Letak sedikit oregano dan serbuk lada hitam.
8. Tabur dengan keju parut.
9. Seterusnya bakar dalam oven. Suhu 180 darjah selama10 minit. Guna api atas sahaja.

No comments:

Post a Comment