Friday, December 12, 2008

Mukadimah

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Buku Resipi Mama didedikasikan khusus kepada suami tercinta dan putera-puteriku yang dikasihi. Ia adalah sebagai rujukan apabila berada di dapur....

Resipi-resipi yang terdapat di blog ini diperolehi dari pelbagai sumber seperti dari keluarga, rakan-rakan dan majalah.

Mama juga mengalu-alukan resepi-resepi dari sesiapa sahaja untuk dikongsi bersama di blog ini.

Untuk pengetahuan, mama bukanlah pandai masak tapi suka untuk mencuba pelbagai jenis masakan terutama lauk pauk. Harap dapat berkongsi ilmu masakan dengan sesiapa sahaja...

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment